Kaifiat solat sunat gerhana bulan

 

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

 Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

“Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala.” 

Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Kaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

  1. Rakaat Pertama
    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa Iftitah.
    3. Membaca surah al-Fatihah.
    4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
    5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
    6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
    8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara dua sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.
  2. Rakaat Kedua
    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
    3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
    4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
    7. Iktidal.
    8. Sujud dan membaca tasbih.
    9. Duduk antara dua sujud.
    10. Sujud kembali.
    11. Membaca tasyahud akhir.
    12. Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts