Kalau nak berubah, Ramadan bulan terbaik

Ust-Fisol-Kuliah-550x300

 

Bulan Ramadan ialah bulan terbaik bagi sesiapa yang mahu berubah jadi lebih baik.

Menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, hal ini disebabkan oleh suasana dalam bulan Ramadan antara yang menjadi faktor pembantu.

“Suasana amal ibadah pada bulan Ramadan tidak setanding dengan bulan-bulan lain.

“Pada bulan ini seluruh masyarakat berpuasa dan menjaga tutur kata, bertilawah dan bertadarus, menambah solat sunat dan solat tarawih, qiamullail dan banyak lagi.

“Kalau semua orang hidup dengan suasana mahu beramal ibadah, mudahlah untuk kita jadi lebih baik,” ujarnya.

 

photo24956736858335971-1024x575

 

Tuan Guru yang lebih mesra dipanggil Ustaz Fisol turut berkata, selain syaitan dibelenggu ketika bulan Ramadan, puasa Ramadan melatih umat Islam agar tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. tanpa sempadan.

“Dengan berpuasa Ramadan, kita tidak makan dan minum walaupun ianya halal, semata-mata kerana Allah, inilah antara hakikat ibadah puasa Ramadan difardukan.

Beliau berkata demikian ketika program Usrah Umum anjuran Isma Alor Setar di kediamannya, semalam.

Dalam masa yang sama, Ustaz Fisol turut mengulas pandangan orang ramai tentang kelebihan solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat.

“Umat Islam terdahulu fikir macam mana nak habiskan 1 juzuk Al-Quran dalam satu malam solat sunat tarawih.

“Jadi yang bahagikan 1 juzuk kepada 8 rakaat dapat pahala berdiri lama, yang buat 20 rakaat pula dapat pahala sujud banyak.

“Tapi umat kita sekarang, buat 8 rakaat sahaja tapi ikut imam yang buat 20 rakaat, jauh tak sebanding lagi amal kita dengan amal umat terdahulu,” jelasnya lagi.

Program bulanan yang dihadiri hampir 200 orang hadir itu diakhiri dengan jamuan nasi briyani yang telah disediakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli usrah Ustaz Fisol.

Sumber: http://isma.org.my/v2/kalau-nak-berubah-ramadan-bulan-terbaik-ustaz-fisol/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts