‘Kami sangat perlukan makanan’

 

APABILA tiba musim sejuk bukan pakaian menjadi keutamaan namun kami lebih memerlukan makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Hidup kami terlalu susah, sukar digambarkan apa yang perlu dilalui setiap hari namun sedaya upaya kami kuatkan diri. Disebabkan itu kami sangat perlukan makanan,” kata Shehah Musa Aham, 61, ketika ditemui di Kem Taliank di Lembah Beqaa, Lubnan, semalam.

Shehah berkata, selain memikirkan bekalan makanan, dia juga terlalu bimbangkan keadaan kesihatan ibunya, Fuzzah Al Musa, 80.

“Ibu sakit sejak beberapa tahun lalu, atas faktor usia telinganya juga sudah tidak berfungsi. Kami pula tidak mampu untuk membawanya mendapatkan rawatan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan supaya ibu terus kuat.

“Disebabkan itu, saya sangat menghargai apa saja bantuan diterima terutamanya bekalan makanan kerana tidak sampai hati melihat ahli keluarga terutamanya ibu kelaparan,” katanya kepada penterjemah Aman Palestin.

Bagi Fuzzah, dia sangat bersyukur apabila menerima bantuan pek makanan disampaikan Aman Palestin.

“Terima kasih atas bantuan, semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan ini dunia akhirat.

“Ternyata bantuan pek makanan ini sangat bermakna bagi kami semua. Soal sejuk dan tiada pakaian sesuai bukanlah menjadi masalah utama kerana kami lebih memerlukan makanan,” katanya.

 

 

Sementara itu, Pengarah Media dan Dokumentasi Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, pek mengandungi bahan mentah seperti minyak, gula, kacang merah, kacang hijau, garam, tomato, tuna, tepung, pasta dan teh.

“Pek berkenaan bernilai USD25 (RM100) diagihkan kepada tujuh kem di sekitar Lembah Beqaa iaitu Kem Romansi, Kem Tuialaq, Kem Ali Askar, Kem Debo, Kem Habash, Kem Abdul Razak, Kem Mais dan Kem Al-Umaiyet.

“Sebanyak kira-kira 300 pek makanan sudah diagihkan bernilai RM35,000 kepada wakil setiap keluarga di kem berkenaan,” katanya.

Penulis yang bertemu Shehah semalam mengikuti misi sukarelawan Lubnan bersama Aman Palestin bagi menyerahkan bantuan musim sejuk kepada kira-kira 103 kem di Lembah Beqaa dan Aarsal.

Selain menyerahkan sumbangan, misi berkenaan turut menjalankan aktiviti khidmat masyarakat seperti membaiki khemah, membersihkan persekitaran kem dan membantu urusan pentadbiran.

Rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib pelarian Syria dan Palestin boleh terus menyumbang kepada Aman Palestin menerusi akaun Maybank 562263010787 (Hantar resit transaksi ke whatsapp 0193557019). Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.amanpalestin.net. – Harian Metro

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin dan Syria ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts