Kelantan kekal bagi zakat ikut al-Quran: Mufti Kelantan

 

JELI – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa pembahagian zakat di negeri ini diberikan kepada orang Islam sebagaimana tertakluk dalam al-Quran.

Menurutnya, soal agihan zakat telah dinyatakan secara spesifik dalam al-Quran iaitu diberikan kepada lapan kumpulan asnaf yang layak.

Mohamad Shukri berkata, kumpulan tersebut iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, orang berhutang (al-gharimin), orang yang berjuang di jalan ALLAH (fisabilillah) dan musafir.

“Itulah kelebihan Quran ini telah dinyatakan secara spesifiknya siapa-siapa yang layak menerima wang agihan zakat. Jika tidak termasuk lapan asnaf itu tidak layaklah terima zakat.

“Maknanya itulah prinsipnya, lapan asnaf itu tidak boleh tawar menawar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pengecualian diberikan kepada yang bukan Islam tapi berminat menerima Islam.

 

 

“Contoh bantuan zakat itu diberikan kepada yang berpengaruh seperti seorang tok batin dan seterusnya masuk Islam yang juga telah menyebabkan semua ‘rakyat’nya pun masuk Islam.

“Namun dalam situasi sekarang ini, yang Islam pun belum selesai lagi masalah kemiskinan. Kecuali dalam keadaan tertentu bukan seluas-luasnya.

“Sebab sumber zakat yang terhad. Terdapat dua sistem, percukaian dan zakat, jadi yang bukan Islam itu mungkin boleh diagihkan melalui sistem percukaian,” katanya.

Perbezaan berhubung isu pembahagian zakat itu timbul berikutan Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf ‘muallafah qulubuhum’ iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts