Kemenangan yang semakin hampir

Di antara nilai kemenangan kepada peperangan di Palestin yang jarang diutarakan, bahkan cuba dielakkan oleh media Barat yang mendukung Zionis adalah,

– Semakin ramai yang melihat keadilan dan rahmahnya al Qassam dalam menyantuni tawanan perang sehingga membuka mata jutaan manusia di seluruh dunia.

– Semakin lama peperangan ini berlaku, semakin ramai di kalangan non-muslim di Barat khususnya mula mendekati al Quran dan kembali ke fitrahnya sebagai Muslim atau muslimah.

– Semakin ramai yang mengenali hipokrasi media Barat yang dikuasai Zionis dan memahami realiti sebenar kezaliman Zionis.

– Semakin ramai yang menginsafi termasuk umat Islam bahawa Palestin sebenarnya adalah sebuah negara yang dijajah dan tidak wujud dalam peta dunia. Dan Israel adalah sebenarnya penjajah yang menzalimi penduduk asal Palestin.

– Semakin ramai yang mengenali sejarah, geografi dan politik Palestin dan Timur Tengah.

– Semakin ramai yang kenal siapa pejuang dan siapa petualang kepada perjuangan pembebasan Palestin.

– Semakin ramai yang menginsafi bahawa isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan tetapi juga isu aqidah umat.

– Semakin ramai yang menginsafi bahawa umat ini sedang berhadapan dengan kuasa besar dengan agenda New World Order.

Apa lagi hikmah yang telah dipelajari daripada Taufan al Aqsa?

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts