Kementerian Pendidikan siasat cubaan memurtadkan penuntut

 

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan akan menyiasat aduan seorang penuntut sebuah universiti awam yang mendakwa cuba dipengaruhi supaya murtad ketika mengikuti program persidangan di Korea Selatan, tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata pihaknya baru dimaklumkan mengenai dakwaan berkenaan yang menjadi viral di laman sosial.

“Kita memandang serius dakwaan ini, namun perlu menyiasat dengan teliti sebelum mengambil tindakan lanjut. Kita tidak boleh terburu-buru,” katanya.

Penuntut terbabit mendakwa kejadian itu berlaku apabila beliau bersama kumpulan pelajar dari tujuh universiti awam dari negara ini mengikuti program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa pada 30 Julai hingga 5 Ogos tahun lalu.

Dakwanya, program itu bagaimanapun lebih menjurus kepada usaha menyebarkan fahaman agama baharu.

Beliau juga mendakwa peserta program itu diminta mengisi borang pendaftaran sebuah kelab yang mengandungi ikrar supaya beriman kepada agama berkenaan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts