Kemerdekaan berlandaskan Al-Quran

 

1. ALLAH persembahkan perjalanan hidup Nabi Ibrahim sebagai usaha seorang hamba untuk memerdekakan dirinya dari kesesatan agama dan pemikiran. Perjuangan yang panjang berhadapan dengan kaum bahkan keluarganya sendiri diceritakan di dalam al-Quran menggambarkan bagaimana Ibrahim berjuang membebaskan dirinya dari kepercayaan yang salah.

1.1 Hari ini pelbagai kepercayaan menyeleweng yang membelenggu pemikiran anak bangsa yang diungkap dengan pelbagai istilah moden seperti liberalism, pluralism dan sebagainya memesongkan mereka dari kerangka aqidah Islamiyyah. Merdekakah kita?

2. Allah ceritakan kepada kita kisah Nabi Syuaib yang berjuang memerdekakan kaumnya dari kezaliman belenggu ekonomi. Allah tegaskan di dalam al-Quran bahawa kekayaan bukan hanya terkumpul dalam kelompok tertentu sahaja. Firman Allah:

كَيْ لا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الأغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. (Surah al-Hasyr: 7)

Malah di dalam al-Quran, Allah menegur sikap orang-orang yang mengumpul harta tanpa memikirkan kesejahteraan sosial dan keadilan pembahagian kekayaan di dalam masyarakat.

3. Al-Quran turut membayangkan perjuangan Nabi Musa yang berusaha memerdekakan kaumnya dari penindasan pemimpin yang zalim. Penyusunan struktur masyarakat yang tidak adil serta zalim mendidik Nabi Musa berjuang membebaskan mereka dari kejahatan pemerintah, aqidah yang rosak serta kerosakan sosial.

4. Kemuncaknya Allah datangkan Rasulullah untuk memerdekakan Quraysh dari sistem jahiliyyah yang membelenggu dan merosakkan seluruh kehidupan mereka. Aqidah mereka sesat, struktur sosial yang zalim, ekonomi yang menindas dan pelbagai kebejatan sosial diperbaiki dan disusun semula oleh Rasulullah melalui panduan dari al-Quran.

Moga Allah menjadikan kita umat yang berpegang kepada al-Quran dalam memahami erti kemerdekaan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts