Kempen aqidah sesat Syiah perlu dibendung

 

1. Ada yang mengajukan soalan tentang penganjuran program sebuah NGO yang mengedarkan donut dan dalam masa yang sama mempromosikan kempen “whoishussain” yang dilihat mempunyai unsur doktrin ajaran Syiah.

2. Sekiranya dibuka laman web yang dipromosikan oleh kumpulan tersebut (iaitu https://whoishussain.org/), memang terdapat unsur doktrin Syiah yang diselitkan termasuklah sejarah Hari Karbala dan hari meratapi kematian Saidina Husain.

3. Unsur doktrin Syiah ini telah dikategorikan sebagai fahaman yang sesat oleh institusi agama di Malaysia. Malah pengarah JAKIM pernah mengisytiharkan bahawa semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ajaran-syiah-di-malaysia-adalah-menyeleweng-jakim-26941

3.1 Senarai fatwa Jabatan Agama Negeri berhubung kesesatan fahaman Syiah pernah diterbitkan oleh JAKIM. Salinannya boleh dirujuk di sini:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/fatwa-berkaitan-syiah-di-malaysia-1.57750

4. Dari aspek pencegahan, Rasulullah dilihat sangat menjaga perkara yang melibatkan urusan aqidah. Rasulullah dilihat mencegah sesuatu perkara yang boleh mempengaruhi bahkan mengingatkan kepada aqidah yang sesat. Sebagai contoh, Rasulullah pernah memerintahkan Aisyah supaya membuangkan langsir (atau kain atau bantal) yang mempunyai gambar yang mengingatkan kepada kesesatan penyembah berhala.

5. Dalam menangani isu aqidah yang sesat, adalah lebih baik sekiranya program yang menyebarkan sesuatu yang salah ini dapat dibendung. Bukan sahaja institusi agama, malah kita semua bertanggung jawab memberikan penerangan berhubung perkara ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaifiat solat sunat gerhana bulan

  SOLAT SUNAT GERHANA BULAN  Lafaz niat: أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى  “Sahaja aku solat sunat gerhana…