Kempen BMF akan digerak ke seluruh pelusuk negeri

BANGI  – Kempen Beli Produk Muslim Dulu atau Buy Muslim First (BMF) semakin mendapat tempat di hati masyarakat, sehingga berjaya meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga Islam.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya memberi jaminan akan terus menggerakkan kempen BMF ke seluruh pelusuk negeri, supaya masyarakat sedar kepentingan mengutamakan produk halal.

Beliau berkata, UMMAH melancarkan kerjasama dengan semua pihak termasuk ketua-ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan negeri.

“Saya menggesa seluruh umat Islam di Malaysia, teruskan berkempen. BMF milik semua, ayuh kita praktikkan sebagai satu kebiasaan dan budaya masyarakat kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim (BMF) di peringkat daerah Raub, semalam.

Karnival berlangsung selama 3 hari, membabitkan persatuan-persatuan masyarakat tempatan, peniaga, pengusaha produk dan pemborong Melayu di Raub.

Karnival berkenaan turut disokong penuh oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Majlis Daerah, Pejabat ADUN dan Qadhie daerah Raub.

BMF dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.

UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama KOHILAL dan Abata, dalam usaha melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka. – ISMAWeb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
4 comments
  1. BMF mesti di perkembangkan seluruh msia demi keutuhan bangsa dan agama.
    2. Kita kena segera upgrade peniaga runcit jadi pengedar .
    3. Kita kena kenal pasti dan bantu pekilang kecil melayu islam supaya mereka boleh sediakan produk harian utk cukupkan permintaan .
    4. Kita perlu cari org kaya melayu islam utk tubuhkan pasaraya dan rangakaian utk pasarkan produk keluaran melayu islam .
    5. Kita kena guna tabung wakaf utk bantu peniaga dgn bayaran balik .
    6. Kita tak boleh berhenti dgn apa yg kita ushakan skrg , kerana pihak kafir sentiasa mencari jalan utk menjatuhkan usha kita ini ….
    7. Menyerang adalah taktik terbaik dari bertahan klu mahu gerak kegadapan.
    Saya sentiasa berdoa utk kebaikan dan usha tuan2 jayakan , insha Allah diberkati Allah Taala. Sekian

  2. Perbanyakkan kedai2 yang menjual barangan muslim, buat saperti 99 mart dan buka ditaman2 seluruh negara. Sukar bagi kami dibandar kecil mendapatkan barangan muslim.

  3. Saya sokong 100% tuan… Ayuh ummat islam kita bersatu untuk membagunkan ekonomi islam.. Saya doakan Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Syiah tetap sesat

  KUALA LUMPUR – Ajaran Syiah yang difatwakan sebagai sesat di negara ini tidak seharusnya diamalkan dan disamakan…