Kesatuan ulama puji ketabahan Palestin hadapi kekejaman Israel

 

BAITULMAQDIS – Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memuji tekad dan ketabahan warga Palestin di Baitulmaqdis dalam menghadapi kekejaman negara penjajah Israel.

Setiausaha Jeneral kesatuan itu, Sheikh Ali Al-Qaradaghi berkata, kenyataan itu bertepatan dengan peningkatan penindasan oleh rejim pengganas Israel ke atas penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.

Dalam kenyataan sama, Sheikh Ali berkata, penindasan itu dilakukan bagi mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kesal apabila masyarakat dunia gagal menghentikan penindasan berkenaan yang mengakibatkan rakyat Palestin sengsara selama bertahun-tahun.

Kesatuan itu turut mengecam serangan berterusan rejim pengganas Israel terhadap jemaah muslim di Masjid al-Aqsa, yang disifatkan sebagai keganasan sistematik bagi mengubahnya menjadi budaya Yahudi serta menamatkan budaya Palestin .

Justeru, ia menyeru dunia Islam untuk bersatu menentang rancangan penjajahan Israel dan pelanggaran perjanjian antarabangsa. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts