Kita semua adalah pendakwah

dakwah

 

Kadang-kadang orang tak nampak kepentingan berdakwah dengan dalil naqli yang cukup banyak.

Saya cuba mudahkan kefahaman untuk fahami betapa perlunya kita bersungguh-sungguh untuk hidup atas jalan ini.

Kita semua adalah pendakwah, sama ada pendakwah ke syurga, atau ke neraka.

Oops senangnya nerakakan orang? Bukan maksudnya nak nerakakan orang, maksudnya nak suruh faham hakikatnya saja. Antara kedua-dua syurga dan neraka itu pun ada darjat yang banyak. Tak semesti masuk ke syurga, atau neraka. Ia adalah jalan-jalannya yang panjang yang penghujungnya adalah syurga, atau neraka (nauzubillah).

Apa penjelasannya ?

Penjelasannya adalah, setiap aspek dalam hidup kita menampilkan sebuah mesej tertentu, yang mempengaruhi sekitar kita untuk ikut apa yang kita buat.

Jadi secara sedar atau tidak, kita sudahpun menjadi ‘pendakwah’ kepada mesej yang kita tampilkan.

Baik dari sudut pemakaian, perkataan, perbuatan, respons dan tulisan, hatta berdiam diri dan duduk dalam gua pun kita akan termasuk dalam golongan manusia yang tidak peduli apa yang berlaku.

Setiap yang berlaku di dunia ini mempunyai kesan-kesannya tersendiri.

Jadi bila kita sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku, kita tidak akan redha dengan keadaan diri yang penuh masalah, tak habis-habis dengan isu-isu kecil, tak pernah berfikir untuk buat sesuatu yang bermakna untuk umat, atau yang sewaktu dengannya.

Mulakanlah dengan taubat, lazimilah solat jemaah dan zikrullah, carilah teman / kelompok yang boleh menolong untuk sama-sama jadi kuat.

Moga kita sama-sama menjadi duat yang membawa ke syurga.

Wallahua’lam

Ustaz Ahmad Syamil Md Esa

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts