home Semasa Kuatkan pergantungan kepada Allah, atasi masalah mental

Kuatkan pergantungan kepada Allah, atasi masalah mental

 

Ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memberi sepenuh sokongan kepada pesakit mental.

Antara yang boleh diusahakan adalah menambah ilmu pengetahuan berhubung kesihatan mental, memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka, tidak meminggirkan mereka sama sekali dan “mengkeluargakan mereka” dalam aktiviti seharian terutamanya ibadah dan hubungan sosial.

Kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan mental, kami mendoakan semoga anda terus tabah dan sabar menjalani musibah yang melanda.

Elakkan sebarang bisikan atau lintasan untuk melakukan perkara yang negatif. Yakinlah dengan firman-Nya:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Syarh: 5-6)

Ibn Rajab al-Hanbali meninggalkan kepada kita satu pesanan yang cukup terkesan tentang betapa pentingnya bersabar dalam menempuhi kesukaran hidup.

Menurutnya: “Jika kesempitan itu semakin berat dan sukar, seorang hamba akan berputus asa. Demikianlah keadaan makhluk yang tidak mampu menyingkap keluar daripada kesukaran. Dan dia menggantungkan hatinya kepada Allah SWT semata-mata.

“Inilah hakikat tawakkal kepada Allah SWT. Inilah yang menjadi sebab-sebab terbesar untuk tercapainya hajat-hajat. Ini kerana Allah SWT akan mencukupkan orang yang bertawakkal kepada-Nya.

“Firman Allah SWT: ‘Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/493).

Pakar kesihatan mental dan agamawan juga perlu sentiasa duduk semeja bagi memperkukuh usaha-usaha rawatan dan pemulihan.

Kaedah rawatan yang tepat daripada pakar dan pendekatan kerohanian yang sesuai daripada agamawan adalah salah satu inisiatif yang mungkin boleh difikirkan dari sudut psikospiritual Islam. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *