Kumpul 5,000 naskhah al-Quran, Yasin dalam masa 10 hari

 

KUANTAN – Kelab Jembara Al-Falah Kuantan (Jembara) berjaya mengumpul kira-kira 5,000 naskhah al-Quran dan Yasin dalam masa 10 hari hasil sumbangan komuniti di kawasan Sungai Isap.

Pengerusinya, Abdul Rahim Osman berkata, inisiatif ini diambil selepas melihat banyak masjid dan surau mengalami kerosakan struktur dan kelengkapan termasuklah al-Quran dan surah Yasin akibat musibah banjir awal Januari lalu.

“Kami rasa sebak apabila melihat banyak al-Quran dan Yasin rosak yang disaluti lumpur sewaktu melakukan gotong-royong membersih masjid dan surau selepas dilanda banjir baru-baru ini.

“Jadi, kami terfikir untuk menganjurkan kempen wakaf al-Quran dalam kalangan jemaah di Masjid Al-Falah Sungai Isap dan Masjid Sungai Isap Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan al-Quran dan surah Yasin kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, pada Rabu.

Sementara itu, Dr Zulkifle berkata, sebanyak 55 masjid dan 33 surau di seluruh Pahang terlibat dalam bencana banjir awal Januari lalu.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Jembara dan masyarakat yang begitu prihatin dengan menghulurkan bantuan ini.

“Insya-ALLAH, kita akan edarkan sumbangan ini ke semua masjid dan surau dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan RM10,000 bagi setiap masjid dan RM5,000 bagi surau yang rosak akibat banjir di Pahang. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts