Kumpulan pertama haji tiba di tanah air

untitled

 

SEPANG, Ahad – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air pada jam 11.21 pagi ini.

Sejumlah 442 jemaah dalam kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menaiki pesawat Saudi Arabia SV5644.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlishah Abdul Ghani.

Seramai 22,320 jemaah Malaysia menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts