Larangan penjualan arak bergantung keputusan PBT, Ahli Majlis

Bukit Gantang: Larangan penjualan arak di mana-mana daerah atau negeri bergantung keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Ahli Majlis sesebuah kawasan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad yang mengulas tindakan Yang Di Pertua (YDP) Pas Larut, Mohd Akmal Kamarudin dan Majlis Daerah Selama (MDS) yang tidak membenarkan penjualan arak secara runcit bermula tahun hadapan berkata, ia satu langkah positif bagi mengelakkan penjualan arak secara terbuka kepada umat Islam.

Menurutnya keputusan melarang penjualan arak di kawasan itu bergantung kebijaksanaan PBT dan Ahli Majlis melalui bidang kuasa yang ada pada mereka.

” Sebarang keputusan mengenai penjualan arak bergantung kebijaksanaan sesebuah PBT dan Ahli Majlis bagi menyekat gejala ini (penjualan arak) dikalangan orang Islam.

“Selain MDS, Kelantan dan Terengganu sudah pun melaksanakannya dan diharap ia menjadi satu permulaan bagi daerah dan negeri lain,” katanya pada sidang media selepas Program Sumbangan Bantuan Musa’addah Banjir kepada 127 penerima di Dewan Sungai Kerang, Trong

Ditanya mengenai status penukaran jenama arak ‘Timah’ yang dimohon syarikat pembuatan arak itu, Idris berkata ia adalah dibawah bidang kuasa dan dalam tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Terdahulu media melaporkan pengeluar arak jenama ‘TIMAH’, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada label produk keluaran syarikat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu adalah antara keputusan dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts