Lemah didikan agama antara punca perceraian di Terengganu

Kuala Terengganu: Lemah didikan agama, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi menjadi punca utama perceraian pasangan Islam di Terengganu, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, tiga punca utama perceraian itu diperoleh berdasarkan rekod Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jheat).

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab sama ada suami atau isteri menyumbang sebanyak 343 kes diikuti lemah didikan agama (342 kes) dan masalah komunikasi (187 kes).

“Selain tiga punca itu, terdapat tujuh lagi faktor yang menyumbang kepada perceraian di negeri ini, antaranya campur tangan pihak ketiga sebanyak 174 kes, akhlak/sosial (115 kes), ekonomi (83 kes), kesihatan (24 kes), masalah seksual (14 kes), masalah budaya (4 kes) dan kerjaya (4 kes) .

“Untuk rekod, sebanyak 1,290 kes perceraian dicatatkan pada tahun lalu,” katanya ketika menjawab soalan lisan Maliaman Kassim (Pas-Ajil) ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini semalam.

Mohd Nor berkata, pelbagai program dilaksanakan dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan merangkumi peringkat sebelum dan selepas perkahwinan.

“Bagi peringkat sebelum perkahwinan, kerajaan negeri menyediakan kursus praperkahwinan, manakala selepas perkahwinan merangkumi fasa bagi mengeratkan hubungan suami isteri serta membina keluarga harmoni.

“Antara program lain yang diadakan adalah program rakan setia komuniti orang kena pengawasan (OKP) Terengganu, Permata Maulidur Rasul dan sesi khidmat nasihat,” katanya.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts