Letupan bom di Kabul bunuh 6 nyawa

 

KABUL– Letupan bom kereta yang disusuli dengan tembakan sporadis melanda ibu negara Afghanistan, Kabul semalam berhampiran ‘Zon Hijau’

Tiga orang awam dan tiga penyerang terbunuh dalam kejadian itu, kata pegawai keselamatan di tengah-tengah peningkatan keganasan militan Taliban.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ghulam Dastagir Nazari berkata, sekurang-kurangnya tujuh yang lain cedera.

Menurut pegawai kanan keselamatan letupan pertama – yang berlaku tepat selepas jam 8 malam waktu tempatan – jelas disebabkan bom kereta.

Beliau berkata, sasarannya adalah kediaman pemangku menteri pertahanan dan rumah bersebelahan Ahli Parlimen .

Tiga lelaki bersenjata yang tidak dikenali terbunuh di lokasi kejadian.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mirwais Stanekzai berkata, lelaki bersenjata memasuki kawasan itu selepas letupan pertama.

Semua jalan menuju ke rumah menteri dan rumah tumpangan ditutup, katanya.

Kurang dari dua jam selepas letupan bom kereta itu, berlaku letupan kuat yang lain diikuti tembakan.

Ratusan penduduk di kawasan itu dipindahkan untuk keselamatan, kata Jurucakap Ketua Polis Kabul, Ferdaws Faramarz. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts