LGBT: Krisis identiti bukan hak asasi

 

KETIKA pelbagai pihak semakin berani memperjuangkan golongan lesbian, Gay, biseksual dan transgender (LGBT) kononnya atas nama hak asasi, Tun Dr.Mahathir Mohamad secara tegas menyatakan Malaysia tidak boleh menerima golongan berkenaan, perkahwinan lelaki dengan lelaki dan perkahwinan antara perempuan dengan perempuan.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Perdana Menteri mengingatkan, nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat barat.

Kenyataan ini diharapkan memberi pemahaman kepada kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi untuk memahami LGBT tidak boleh dikategorikan berkaitan soal hak asasi, sebaliknya ia disebabkan krisis identiti individu terlibat.

Atas sebab itulah, kepada kelompok pejuang hak asasi terutamanya beragama Islam janganlah buat-buat tidak tahu bahawa Allah SWT hanya mencipta lelaki dan perempuan di muka bumi dan Allah melaknat hubungan sejenis seperti mana dalam peristiwa kaum Nabi Lut a.s.

Oleh itu tidak payahlah golongan liberal dalam negara ini mahu bermati-matian memperjuangkan gaya hidup songsang tersebut kerana Malaysia seperti mana kata Perdana Menteri mempunyai nilai-nilai kehidupan sendiri.

Kalau mahu mempertahankan golongan tersebut teruskan sahaja tetapi jangan sampai memperkecil-kecilkan hukum Islam termasuk mencerca tindakan tegas jabatan-jabatan agama bagi membanteras gejala berkenaan.

Berikutan perubahan politik dalam negara, ada pihak yang sebelum ini `sembunyi-sembunyi’ dalam memperjuang dan membela golongan LGBT semakin lantang. Mereka bercakap soal demokrasi dan hak asasi tanpa mahu melihat ia dari sudut krisis identiti.

Janganlah membuat hujah dangkal dengan menyatakan golongan LGBT dilayan secara tidak adil atau didikriminasi. Kalaupun ia betul-betul berlaku, apa salahnya? Memang patut pun golongan yang memilih jalan songsang dipinggirkan atau dikenakan tindakan tetapi apa yang kita lihat semua itu tidak berlaku. Apapun hukuman yang dijalankan adalah berlandaskan kepada undang-undang.

Hakikatnya kita sudan bosan mendengar kenyataan yang membela golongan LGBT dan antaranya langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Sebab itulah kenyataan Dr.Mahathir tepat pada masanya kerana kita tidak mahu kononnya atas nama hak asasi yang harampun mahu dihalalkan.

Seperkara lagi adalah lebih baik golongan yang mendabik dada sebagai pejuang hak asasi berusaha mengembalikan golongan LGBT itu ke jalan yang benar khususnya mereka beragama Islam. Buatlah kempen untuk memberi penerangan bahana jika gaya hidup songsang itu diteruskan.

Diharapkan dengan kenyataan tegas Dr.Mahathir itu golongan berkenaan memahami bahawa LGBT bukan hak asasi tetapi krisis identiti akibat salah diri sendiri. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts