LGBT tidak akan diterima, KDN perlu ambil tindakan tegas: Mujahid

 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara, pagi tadi.

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi agama Islam.

“Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. Mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini. Berhubung himpunan pada pagi tadi, saya serahkan kepada KDN yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran pusat beli belah Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.

Difahamkan, ia disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.

Perhimpunan juga didakwa disertai penyokong LGBT yang antara lain membawa bendera warna pelangi selaku simbol golongan terbabit.

Antara perkara yang dituntut kumpulan berkenaan pada perhimpunan itu adalah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts