Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan

Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1443 H/2021 M telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) jam 2.30 petang di Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sentul. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan.

Mahrajan Amal Islami Mualaf adalah sebuah program berkonsepkan pertandingan yang menggilap bakat dan potensi para mualaf dalam empat acara iaitu syarahan agama, azan, hafazan al-Quran, dan amali solat. Program tersebut merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan bertujuan menggalakkan para peserta untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran dan ilmu dalam bidang Feqah dan Tauhid yang menjadi bekalan asas kehidupan seorang muslim.

Seramai 54 orang mualaf dari pelbagai latar belakang bangsa seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain menyertai acara yang dipertandingkan selama 2 hari mengikut kategori pengislaman 1 hingga 10 tahun. Johan bagi setiap acara tersebut bakal mewakili Wilayah Persekutuan ke Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan. Sebahagian peserta merupakan pelajar yang telah mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh JAWI di Kompleks Darul Hidayah serta kelas-kelas pengajian oleh pelbagai NGO. 

Nurfaiha Clara Abdullah, 8 tahun adalah peserta paling muda manakala Muhammad Amin Fong adalah peserta paling berusia yang menyertai Mahrajan Amal Islami kali ini. Muhammad Khalil Lo, 24 tahun yang baru 4 tahun memeluk agama Islam merupakan peserta OKU penglihatan yang mengambil bahagian dalam acara azan dan iqamat. Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan plak. – Siakap Keli

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts