MAINPP siasat majlis rai pasangan sejenis di Balik Pulau

GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis membabitkan dua wanita di Balik Pulau yang tular di media sosial baru ini.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

“Bagaimanapun, sekiranya ia benar berlaku kami akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang memandangkan Malaysia melarang aktiviti LGBT,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di Facebook menunjukkan dua wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis di Balik Pulau.

Berdasarkan hantaran itu, perkahwinan mereka berlaku Jun lalu dan dihadiri keluarga serta teman rapat dua wanita berkenaan

Selain itu, wanita tempatan itu juga didakwa bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pulau Tikus bagi tempoh 2013 hingga 2018. – MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts