WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-293d.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Warning: session_start() expects parameter 1 to be array, string given in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_2or8pi8obmcbd5451hajl4fl6g, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-293f.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2940.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2941.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2942.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2944.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

MAINS perkasa syiar Islam Negeri Sembilan - Indahnya Islam

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2947.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2948.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2949.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-294a.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078

MAINS perkasa syiar Islam Negeri Sembilan

SEREMBAN : Penstrukturan semula Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 2021 dengan menyatukan agensi agama di bawah pentadbirannya, meletakkan cabaran lebih besar dihadapi agensi itu dalam usaha memperkasakan lagi syiar Islam di Negeri Sembilan.

Agensi dahulu yang dikenali dengan nama Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Baitulmal MAINS, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, Pusat Kaunseling MAINS dan Lembaga Masjid Negeri Sembilan diletakkan di bawah beberapa jabatan di MAINS.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir, berkata melalui langkah itu, membolehkan segala perkhidmatan membabitkan kutipan dan agihan zakat, wakaf dan pengurusan harta orang Islam serta perkhidmatan kaunseling dapat diselaraskan.

Urus tadbir MAINS kini di bawah tiga jabatan utama, iaitu Jabatan Zakat, Jabatan Wakaf dan Jabatan Khidmat Pengurusan sebagai badan berkanun negeri diasingkan dan dibebaskan.

Katanya, bidang kuasa MAINS kini luas selain membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Ketua Agama Islam negeri, MAINS juga bertindak sebagai badan induk agama Islam tertinggi bertujuan mengawal hal ehwal agama Islam di negeri ini.

“Bidang kuasa lain merangkumi sebagai penguasa wasiat, pentadbir pusaka orang Islam dan

juga sebagai pemegang amanah serta melaksanakan urusan kontrak atas harta alih dan tidak alih menurut syarat tertentu mengenainya mengikut hukum syarak.

“Selain itu, ia juga membabitkan hal mengenai fatwa rasmi Negeri Sembilan, urusan Baitulmal, zakat dan khairat, wakaf, wasiat dan nazar.

“MAINS juga bertindak sebagai pemegang amanah bagi semua masjid dan hartanya yang tak alih termasuk urusan perlantikan pegawai masjid, Saudara Baru, tauliah mengajar agama dan urusan perbelanjaan wang zakat mengikut asnaf,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, MAINS sentiasa proaktif dalam memperkasakan pelbagai inisiatif berkaitan urusan bantuan zakat melalui dasar komprehensif yang diperhalusi dengan teliti di setiap peringkat oleh ahli MAINS dan diterjemahkan pelaksanaannya.

“MAINS juga sentiasa mengkaji dasar pengagihan zakat selari dengan keperluan semasa selain aspek pengurusan wakaf untuk menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan sosio ekonomi ummah.

“Tanggungjawabnya bukan sahaja dalam hal ehwal berkaitan Islam dan adat, tetapi mencakupi segala aspek kehidupan orang Islam di Negeri Sembilan,” katanya .

Abdul Aziz berkata, MAINS menyediakan perkhidmatan pengurusan kutipan dan agihan zakat kepada yang memerlukan, wakaf dan harta orang Islam serta kaunseling profesional.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, MAINS sudah berjaya mengagihkan dana zakat berjumlah RM48.7 juta kepada asnaf terdiri daripada amil, fakir, miskin, muallaf, ibnu sabil, fisabilillah, riqab dan gharimin.

“Agihan lain meliputi bantuan hemodialisis kepada asnaf dan orang ramai, bantuan pendidikan kepada anak asnaf membabitkan peralatan laptop dan tablet, kewangan serta perubatan.

“Satu talian khusus disediakan, iaitu talian WhatsApp Skuad Gerak Khas MAINS bagi khidmat bantuan zakat iaitu 019-5775051,” katanya.

Selain itu katanya, MAINS juga menyalurkan bantuan berjumlah RM7.79 juta kepada pelbagai pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Ia termasuk petugas barisan hadapan, pasukan pengurusan jenazah Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan(JHEAINS) dan kelengkapan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.

Abdul Aziz berkata, MAINS berusaha membudayakan semula amalan wakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan bagi meningkatkan pegangan aset untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah.

Beliau berkata, sebagai contoh wakaf tunai yang dikutip oleh MAINS sama ada dalam bentuk Wakaf Am atau Wakaf Khas bagi Januari sehingga Jun 2021 berjaya diagihkan kepada penerima manfaat.

“Antara penerimanya termasuk penyerahan wakaf al-Quran di sekitar masjid terpilih di Negeri Sembilan, pembelian peralatan perubatan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Nilai.

“Selain itu, agihan turut diberikan bagi penyelenggaraan hartanah wakaf di sekitar Negeri Sembilan,” katanya .

Katanya, manfaat turut diterima dalam bentuk projek seperti pembinaan Masjid Wakaf Taman

Politeknik membabitkan RM3.5 juta, pembinaan Masjid Kampung Geduhom, Kuala Pilah (RM2.75 juta), pembinaan Masjid Tunku Besar Tampin dan pembinaan Sekolah Menengah Islam Seremban (RM5 juta).

Menurut beliau lagi, MAINS juga menyediakan perkhidmatan hibah, wasiat, faraid dan pengurusan harta orang Islam di Negeri Sembilan.

Bagi perkhidmatan kaunseling, katanya, ia merangkumi organisasi, asnaf dan komuniti setempat serta terbuka semua kaum bertujuan membangun jiwa insan dalam menghadapi cabaran.

Sementara itu, nasib golongan asnaf sentiasa menjadi keutamaan dengan memastikan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta pendidikan anak-anak mereka diberikan perhatian.

“Ia diharap dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan yang berpanjangan dan MAINS juga mewujudkan Darul Asnaf sebagai pusat kecemerlangan dan pembangunan anak-anak asnaf,” katanya.

Katanya, golongan mualaf juga diberikan perhatian serupa apabila Kompleks Al-Sa’adah di Seremban antara pusat penting dalam membantu golongan itu.

Beliau berkata, terdapat program pengajian peringkat persijilan selama setahun dijalankan di situ dengan pelajar yang tamat berpeluang melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

“Antara negeri yang pernah menaja pelajar termasuk Selangor, Johor, Pahang dan Perak selain Negeri Sembilan. Kompleks Al-Sa’adah adalah pusat kecemerlangan ilmu Saudara Baru,” katanya.

Katanya, MAINS mendukung usaha penyelidikan ilmu astronomi, selain lokasi pelancongan menerusi kewujudan Kompleks Balai Cerap di Port Dickson. Abdul Aziz berkata, hubungan baik dengan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam, sentiasa memberikan nasihat serta panduan melancarkan lagi tugas dan tanggungjawab MAINS.

“Ahli MAINS sentiasa memberikan idea dan buah fikiran untuk memajukan MAINS, manakala jalinan kerjasama ketua jabatan negeri dan persekutuan membantu MAINS melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

“Menjadi harapan kita, agar MAINS dapat terus menyumbang kepada usaha memperkasakan institusi Islam di Negeri Sembilan khususnya dan di Malaysia, amnya,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-294d.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-294e.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Perkasa pendidikan Islam, pelihara kebajikan guru KAFA

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menekankan pendidikan sebagai tunjang utama dalam aspek pembangunan modal insan…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2951.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d1279-2952.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078