Tukar agama: Mufti Pahang syor semak semula keputusan Mahkamah Persekutuan

 

BANGI – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman mencadangkan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam yang terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang baru-baru ini.

Masih bersedih dengan keputusan itu katanya, semakan keputusan perlu dibuat pihak-pihak berautoriti supaya hak kanak-kanak Islam itu terbela.

Beliau berkata, tujuan semakan semula itu bukanlah untuk menghina mahkamah, sebaliknya ia berkaitan soal agama.

“Kita tidak bersetuju sebab keputusan itu bercanggah dengan syarak. Ia amat menyedihkan umat Islam. Seolah-olah anak yang dididik dan dipelihara dengan Islam, akhirnya murtad dengan keputusan mahkamah.

“Saya rasa tak kena di situ. Sepatutnya, dari segi agama anak kena ikut agama ibu bapa jika salah seorangnya adalah Islam. Anak dah Islam, mana boleh jadi murtad.

“Tambahan pula, keputusan mahkamah kali ini berbeza dengan keputusan kes lalu. Jadi pendapat saya, ianya perlu disemak semula,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Zainun, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Berbeza dengan kes Subashini a/p Rajasingam melawanSaravanan a/l Thangathoray pada 2007, Mahkamah Persekutuan terdahulu memberikan hak sama rata kepada semua .

Mahkamah ketika itu memberikan hak kepada Mualaf yang baru memeluk Islam untuk menentukan agama anaknya, dan juga hak pasangannya yang bukan Islam untuk membantah – serta tak dilupakan kepentingan kanak-kanak itu sendiri, yang kesemuanya akan diambil kira. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts