Pandangan Mufti WP terhadap Fi Zilalil Quran

 

Fi Zilalil Quran muncul dalam suasana, pengarangnya menghadapi begitu tinggi tribulasi dan mehnah. Isu tentang hal pengarang ini telah dijawab oleh adiknya sendiri, Almarhum Syeikh Dr Muhammad Qutb secara panjang lebar dan cukup berasas dan kalau kita baca kenyataan-kenyataan Sheikh Muhammad Qutb terutamanya pada usia tuanya, memahami kenapa watak abangnya sampai kepada tahap itu.

Keduanya, mana-mana karya kita tak akan katakan tepat dan betul 100%, ini perkara yang kita akui sebagaimana disebut oleh salaf as-soleh, “Allah enggan, kecuali kitab-Nya sahaja yang sempurna”. Maknanya, karya yang kita lakukan, kalau kita hidup selepas itu atau selepas beberapa ketika, bila kita baca dan ulangi, hati kita merasa alangkah baiknya kalau kita tambah, kita kurang, kita baiki dan sebagainya.

Kemudian, kita juga mesti memahami, bahawa karya Almarhum Syed Qutb seperti Fi Zilalil Quran ini, merupakan satu cubaan yang dibuat dengan dibatasi masa yang terhad, dengan dibatasi bidang kemampuan atau kebolehannya dalam aspek kesusasteraan disamping membaca kehidupan masyarakat Mesir ketika itu, digabung dengan pengalamannya ketika berada di Amerika, sehingga beliau mengkaryakan satu buku ‘Amerika yang aku pernah melihatnya’.

Jadi daripada situ, kita tak selayaknya menghukum karya seperti ini dengan menyatakan bahawa banyak lompang-lompangnya, sebab mungkin kita boleh lihat dia mengambil dalam sisi-sisinya sahaja bukan keseluruhan dan aspek pemberatannya kepada kesusasteraan, bahasa dan juga sejarah di samping ‘relate‘ kepada realiti yang berlaku kepada dirinya, masyarakatnya, keluarganya, tanah airnya ketika itu.

Dan yang terakhir sekali, saya melihat mana-mana karya terutamanya kalau kita nak bincang Fi Zilalil Quran, sekalipun kita nampak sebahagian ada yang meng-‘radd‘-kannya atau menolaknya tetapi tidak kurang pula yang menerimanya.

Dan yang hebatnya mungkin keikhlasan dan ketelusan itulah, walaupun beliau sudah meninggal lebih daripada 40 tahun menuju 50 tahun, tak silap 1965 atau 66, maka kita nampak karya tersebut masih lagi memenuhi perpustakaan dan khazanah Islam dalam khazanah milik tokoh-tokoh Islam. Di ‘refer‘, dirujuk, diulangkaji, dilihat, ditekuni dan kita katakan kesilapan seseorang bukan bermakna semuanya silap maka boleh jadi kita taklah menggunakan kesilapan tetapi mungkin beliau mengambil pandangan-pandangan yang marjuh atau pandangan-pandangan yang begitu sedikit keras menyebabkan tidak sealiran dengan orang yang berfahaman wasathi dan sebagainya.

Walau macam mana pun, tetap saya katakan, Fi Zilalil Quran ini ada jasanya pada ummah sehingga sekarang dibaca, dirujuk, ditekuni, dilihat oleh ummah. Wallahu’alam.

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

www.indahnyaislam.my

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts