Malaysia akan memperkenalkan rangka kerja Ekonomi Digital Islam

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperkenalkan rangka kerja Ekonomi Digital Islam (Islamic Digital Economy/IDE) pertama untuk menuntut peranan kepimpinan dalam pasaran halal global.

Melalui Ekonomi Digital Islam (Islamic Digital Economy/IDE), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Malaysia Digital Economy Corporation/MDEC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Hall Amanie Sdn Bhd akan bekerjasama untuk mewujudkan peluang yang unik dan kompetitif untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Rangka kerja Ekonomi Digital Islam (Islamic Digital Economy/IDE) yang komprehensif dan holistik dijangka akan siap menjelang suku tahun pertama 2018 dan akan meliputi pelbagai bidang seperti pematuhan halal dan syariah, penajaan dan pembiayaan, peraturan ekonomi digital Islam serta rangka kerja operasi perniagaan halal dan shariah.

“Kepimpinan Malaysia dalam sektor Kewangan dan Halal Islam meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pasaran Digital Islam.”

“Perkembangan Ekonomi Digital Islam yang kukuh di Malaysia akan mewujudkan kelebihan yang unik dan berdaya saing bagi negara Malaysia untuk memimpin pasaran digital Islam pada peringkat serantau dan global,” kata Naib Presiden Pembangunan Ekosistem Pertumbuhan MDEC, Norhizam Kadir kepada pemberita pada majlis pelancaran rangka kerja tersebut.

Turut hadir Pengarah Hub Halal JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin dan Hall Amanie Sdn Bhd Datuk Dr Mohd Daud Bakar

Secara keseluruhan, ekonomi Islam dijangka meningkat kepada USD 3.0 trilion menjelang tahun 2021.

Sumber: https://www.nst.com.my/business/2017/12/316538/malaysia-introduce-first-islamic-digital-framework
Terjemahan dan olahan: http://www.dewvation.com/pelan-perancangan-ekonomi-digital-islam/

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts