Malaysia negara Islam contoh: Rashed Gannouchi

 

PUTRAJAYA – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rashed Gannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari.

Beliau berkata, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya lagi maju di kalangan dunia Arab walaupun menghadapi “situasi yang amat sukar” disebabkan komposisi masyarakatnya yang berbilang kaum.

“Walaupun Malaysia adalah negara berbilang budaya terdiri daripada penduduk berlainan agama dan kaum, semangat kewujudan bersama wujud antara masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam suasana aman.

“Ini amat penting untuk membuktikan bahawa Islam boleh mengurus dan wujud melalui kemajmukan dan bahawa perang saudara adalah tidak perlu. Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa Islam boleh wujud walaupun dalam situasi yang sangat rumit,” kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi semasa taklimat khas media sempena lawatannya ke Malaysia.

Gannouchi juga berkata, rakyat Malaysia telah berjaya mencari identiti nasional bersama walaupun masyarakatnya bersifat pragmatisme dan pluralisme dan mengucapkan tahniah kepada negara atas kejayaan meningkatkan dan mengukuhkan identiti nasional demi menjamin kewujudan bersama mereka berterusan.

Gannouchi, 76, kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia sebagai tetamu negara bermula Ahad atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau adalah seorang pemikir Islam terkemuka yang hidup dalam buangan selama 22 tahun semasa pemerintahan diktator di Tunisia.

Pemimpin Islam yang sederhana menghadiri mesyuarat selama tiga jam dengan Najib semalam dan semasa lawatan, mereka membincangkan isu-isu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia dan mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Tunisia. – Bernama

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts