Malaysia sertai muktamar hubungan antara pentadbiran Hal Ehwal Agama, fatwa dan ulama

Malaysia sertai Muktamar Hubungan Antara Pentadbiran Hal Ehwal Agama, Fatwa dan Ulama

KUALA LUMPUR: Malaysia antara 150 peserta dari 85 negara yang menghadiri Muktamar Hubungan Antara Pentadbiran Hal Ehwal Agama, Fatwa dan Ulama di Arab Saudi.

Ia diwakili oleh Mufti Kedah, Datuk Syaikh Fadzil Awang,Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Muktamar yang berlangsung selama dua hari itu adalah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi dan dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Syaikh Dr Abdul Latif Abdul Aziz Aal Syaikh.

Ia adalah platform untuk mufti, ketua pentadbir hal ehwal Islam dan ilmuwan dari seluruh dunia bagi menjalinkan keakraban hubungan satu sama lain, selain bertukar pandangan dan cara pentabiran masing-masing.

Terdahulu dalam ucapan perasmian Syaikh Dr Abdul Latif, beliau berkata muktamar itu membawa makna komunikasi dan kerjasama yang signifikan dalam menzahirkan mesej Wasatiyyah Islam dalam perkembangan semasa yang menyaksikan meningkatnya mesej kebencian terhadap Islam.

Resolusi muktamar menggariskan beberapa mesej penting kepada masyarakat antarabangsa dan dunia Islam termasuk kecaman bersama terhadap beberapa insiden pembakaran kitab suci Al-Quran sejak kebelakangan ini. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts