Malaysia terima Al-Quran,kurma sumbangan Raja Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan menyumbang 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sempena bulan Ramadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di Facebook memaklumkan Penjaga Dua Masjid Suci itu turut menyumbang sebanyak 57 tan kurma untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia sempena bulan mulia itu.

“Saya menganggap hadiah terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi atas hadiah yang diberikan,” katanya dan berharap ikatan diplomasi antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan.

Dalam catatan itu, perdana menteri berkongsi beliau turut menerima al-Quran dan kurma pemberian Raja Salman yang disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan, di pejabatnya di Putrajaya semalam.–AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts