Malaysia wajib lindungi Dr Zakir Naik

 

BANGI – Kerajaan Malaysia digesa memberi perlindungan dan memastikan keselamatan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik terjamin.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ustaz Haji Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, perkara itu wajib bagi umat Islam kerana Dr Zakir hanya berdakwah menegakkan syiar Islam serta tidak mengancam keselamatan negara.

“Pada masa sama, saya juga menyeru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agar tidak tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pihak berkepentingan supaya Dr Zakir diserahkan kepada kerajaan India,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Ustaz Abdullah berkata, kepulangan Dr Zakir ke tanah airnya akan membuka peluang kepada golongan anti-Islam untuk mengenakan tindakan yang juga mengancam keselamatannya.

Selasa lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, masalah yang dihadapi kerajaan ialah Dr Zakir tidak boleh dihantar semula ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Dr Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu.

 

 

Bagaimanapun, beberapa menteri Kabinet seperti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir.

Gesaan itu atas dakwaan pendakwah antarabangsa dari India itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Bagaimanapun, Dr Zakir semalam mendakwa ceramahnya di Kelantan disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengkritik itu memetik kenyataannya di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Alasan pihak pihak yg memusuhi islam memang tidak munasabah. Mengapa bila umat islam menyentuh dan menegur kepentingan mereka terus mereka sentap tp bila mereka usik kepentingan umat islam tiada sedikit kita ambil tindakan.
    Zakir Naik patut diberi pembelaan bukan ahli ahli politik yg bodoh spesis zionis ini yg mesti kita patuh.

  2. Assalamu’alaikum subhanallah saya berasa amat simpati dengan keadaan Dr. Naik dan dilemma kerajaan Malaysia dalam isu perlindungan untuk ikon antarabangsa yang terkemuka ini. Saya telah melihat bahawa ramai juga kerajaan yang terbuka untuk mengambil individu yang berbakat seperti Dr. Naik. Beliau adalah seorang doktor juga dari segi kelulusan. Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengenali seseorang yang sedang menetap di negara Yemen di kawasan Hadramawt. Dia sempat memperkenalkan kawasan2 tempatan yang berdekatan termasok institusi pendidikan dan juga hospital swasta. Katanya di sana memerlukan pembangunan perkhidmatan awam dalam bidang medikal untuk penyakit seperti diabetes, cholestrol dan lain-lain lagi. Ada juga bidang-bidang lain yang memerlukan pembangunan yng tertentu. Mungkin pihak kerajaan Malaysia yang sedang membaca komentar saya boleh hubungi saya secara langsung di talian +6598293564 atau email ke [email protected] untuk keterangan yang lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts