Kursus Murabbi Ummah lahirkan tokoh rujukan masyarakat

mu1

 

PORT DICKSON – Kursus Murabbi Ummah (MU) telah berjaya dianjurkan oleh Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Wanita Isma buat julung kalinya pada 25-27 November 2016.

Bertemakan ‘Pewaris Risalah, Pemangkin Ummah’, kursus ini bertujuan untuk melahirkan para Murabbi Ummah (MU) yang mampu menjadi tokoh rujukan dalam membimbing masyarakat.

Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Omar Kassim mengingatkan para Murabbi Ummah agar sentiasa mempertingkatkan kemahiran diri dengan disiplin Islam yang betul.

“Para Murabbi Ummah mesti berusaha membangun potensi diri dan meningkatkan mutu penyampaian agar lebih menarik, berilmiah dan mampu mengesani jiwa para pendengar tanpa meninggalkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya”.

Ketua Wanita Isma, Ustazah Dr. Norsaleha Mohd Salleh pula berpesan supaya para Murabbi Ummah terkehadapan bukan sahaja dari sudut penampilan dan persembahan tetapi yang lebih penting pada isi dan mesej yang ingin disampaikan.

“Kita mahu para Murabbi Ummah menggarap isi penyampaian dengan baik agar mesej kita jelas sampai kepada masyarakat”.

Kursus yang dijalankan di Corus Paradise Resort Port Dickson ini telah disertai oleh 38 orang Murabbi Ummah dengan bimbingan lapan orang mentor berpengalaman diketuai oleh Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

 

Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim

Para Murabbi Ummah telah diberi latihan intensif bersama para mentor untuk mengasah kemahiran penyampaian, keterampilan dan penguasaan audien bagi melahirkan tokoh masyarakat yang mampu menyampaikan fikrah Islam secara jelas.

Mereka juga telah diberikan bimbingan khas mengenai penguasaan ICT dan media sosial dalam aspek ketokohan dakwah oleh Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, Ketua Unit Penerangan Wanita Isma.

Sebuah forum bertajuk ‘Murabbi Mengesani Masyarakat’ telah diadakan menampilkan Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim, Ustaz Abdul Rahman Iskandar dan Ustazah Norakhilah Baharin sebagai sebuah perkongsian pengalaman dakwah buat para Murabbi Ummah.

Pertandingan Akhir Murabbi Ummah telah diadakan pada hari terakhir kursus dan menampilkan lapan orang Murabbi Ummah yang terpilih untuk memberikan persembahan terbaik dalam ceramah berimpak tinggi.

Hasil keputusan para juri dan undian penonton, MU Hasem, Ustaz Mohd Hasem Almuddin dari Isma cawangan Kuala Lumpur dan MU Jamiah, Ustazah Jamiah Wahab dari Isma cawangan Seremban telah dinobatkan sebagai Johan Murabbi Ummah yang pertama.

 

MU Hasem
MU Jamiah

Kini seramai 38 para Murabbi Ummah (MU) bersedia berkhidmat untuk membimbing masyarakat dan menyampaikan dakwah Islam dengan jelas dan tepat. Mereka bersedia menerima jemputan dari mana-mana pihak untuk menyampaikan ceramah, bimbingan dan sebagainya.

Kursus Murabbi Ummah ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Gambar-gambar dan video menarik Murabbi Ummah boleh didapati di facebook Indahnya Islam dalam tempoh yang terdekat.

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
  1. assalamu alaikum… i want to know more about of murabbi ummah, please let me know it cause i am converted islam but nobody has to guide me, i am only watching in youtube just to learn more about islamic ways… thank you and i will expect for your reply…

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts