Maqasid syarak tidak sesekali akan membatalkan hukum

 

MAQASID syarak tidak sesekali akan membatalkan hukum yang thabit dari nas. Maqasid itu sendiri mesti berdiri di atas nas.

Dalil umum juga tidak boleh membatalkan dalil juz’ie yang khusus.

Sesiapa yang mendakwa Islam perlu sekian sekian atas hujah maqasid, minta darinya nas dan wajh istidlal. Kemudian pastikan dakwaannya tidak bertentangan dengan mana-mana dalil lain.

Kalau tak dapat datangkan, campaklah hujahnya ke tong sampah sebab itulah tempatnya.

Tak pernah ulamak membatalkan hukum sunat membasuh anggota wudhu’ tiga kali basuhan atas alasan maqasid Islam yang umum melarang pembaziran.

Kiaskanlah kaedah ini dalam isu politik dan lainnya. ‘Islam rahmatan lil alamin’ pun terikat perlaksanaannya dengan kaedah ini.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts