Masjid di Wilayah Persekutuan jadi pusat penempatan mangsa banjir

PUTRAJAYA: Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadikan sebagai penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, masjid-masjid di Wilayah Persekutuan turut menyediakan keperluan seperti makanan menerusi Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank.

Beliau turut mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan keperluan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

“Saya berharap mangsa-mangsa banjir terus bersabar dengan ujian daripada Allah SWT yang menimpa. Moga Allah mengangkat darjat kita disisi-Nya,” katanya. –AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts