Masjid Sancaklar pertama bawah tanah inspirasi Gua Hira

 

ANKARA – Umum mengetahui, Turki antara negara yang mempunyai masjid-masjid yang cantik dan memukau dengan pelbagai seni ukirannya dengan gaya Ottoman.

Memetik laman turkinesia.net, Masjid Sancaklar yang merupakan antara masjid yang siap sepenuhunya 2012.

Dibina oleh kerajaan Turki, ia yang pertama seumpamanya di bawah tanah di Buyukcekmece, pinggiran Istanbul dan dipisahkan dari masyarakat sekitar. Matlamatnya, untuk masjid itu dibina daripada kesibukan lalu lintas.

Masjid ini terletak di 1,200 meter persegi di bawah tanah. Ia mempunyai ruang solat yang luas. Kapasiti ruang ibadat dapat menampung 650 jemaah.

Menariknya, pencahayaan dibantu oleh matahari. Apa yang mengejutkan dari masjid Sancaklar ialah rekabentuk masjid yang sederhana. Ia dikatakan untuk memperdalam hubungan jemaah dengan iman mereka.

Pada hiasan dinding masjid ini adalah huruf Arab ‘wa’ dan ayat 41 Surah al-Ahzab; ‘Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah ALLAH SWT dengan banyak peringatan.’

Masjid Sancaklar terpilih menjadi salah satu masjid terbaik di dunia. Dua tahun lalu, masjid ini turut terpilih sebagai calon corak terbaik oleh Design Museum of London serta menjadi 40 calon Anugerah Mies Van Rohe.

Mengapa ia dikatakan terbaik? Sancaklar mengambil inspirasi daripada Gua Hira tempat di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama.

Masjid bawah tanah ini begitu unik kerana tidak mempunyai menara dan hanya diperkemas dengan gaya moden.

Menurut arkiteknya, Masjid Sancaklar bertujuan untuk menyatakan isu mendasar untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hanya memberi tumpuan kepada intipati ruang keagamaannya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts