Memelihara akidah anak kita

  1. Dalam suasana yang mencabar harini ini seorang Muslim hendaklah berusaha memelihara akidah anak kita dan jauhkanlah mereka dari terjebak dengan filem atau drama yang mengandungi unsur yang menjauhkan dari Islam.
  2. Rasulullah ﷺ sangat menekankan keutamaan memelihara akidah anak seorang Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menggambarkan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan unutk membisikkan azan ditelinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai akidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. (Tuhfah al-Maudud)
  3. Baginda Nabi ﷺ juga dilihat mengajar anak-anak kecil tentang perihal akidah sejak mereka kecil. Al-Imam al-Bukhari merekodkan bagaimana Nabi ﷺ menggunakan pendekatan ‘casual’ dalam mendekati Ibn Abbas dengan kefahaman akidah. Rasulullah ﷺ dikatakan mengajar Ibn Abbas tentang perkara akidah ketika Baginda ﷺ menunggang tungangannya bersama Ibn Abbas. Sabda Nabi ﷺ:

يَا غُلَامُ, إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ, احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ, إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ, وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ,

“Wahai anak! Sesungguhnya aku ajarkan kepadamu beberapa perkara. Jagalah Allah, maka Allah akan memelihara engkau. Sekiranya engkau ingin meminta sesuatu, maka mohonlah bantuan dari Allah! Lihatlah, betapa anak kecil ini sudah mula diberikan didikan oleh Nabi ﷺ dengan perkara aqidah.

  1. al-Imam al-Bayhaqi merekodkan bahawa Rasulullah ﷺ berpesan kepada Ibn Abbas dan Ibn Amru (riwayat Ibn al-Sunni), bahawa perkataan pertama yang seharusnya diajarkan kepada anak kecilmu adalah kalimah tauhid. Sabda Nabi ﷺ kepada Ibn Abbas:

افتحوا على صبيانكم أول كلمة لا إله إلا الله ولقنوهم عند الموت لا إله إلا الله

“Ajarkanlah atau jadikanlah perkataan pertama pertama anak kecilmu perkataan Lailahaillah. Dan ajarilah mereka saat kematian mereka juga perkataan Lailahaillah. (Shuab al-Iman)

  1. Begitu juga Nabi Ibrahim berpesan kepada anak-anak baginda agar sentiasa utuh atas jalan agama Islam ini. Firman Allah:

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ganjaran orang berinfak

FIRMAN Allah SWT ; الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا…