Tanya anak tentang Solat

  1. Salah satu perkara yang boleh diamalkan dalam hidup berkeluarga adalah membiasakan diri bertanya kepada anak tentang solat. Pernah suatu ketika, Rasulullah ﷺ hadir ke rumah Saidatina Maimunah dan Baginda dapati seorang budak (Abdullah bin Abbas) ada di rumah tersebut. Lalu soalan pertama yang ditanya oleh Baginda Nabi adalah:

أصلَّى الغلامُ قالوا نعَم

“Adakah anak kecil itu sudah solat? Lalu mereka menjawab: Ya, dia sudah solat.” (HR Abu Daud)

  1. Begitulah soalan yang ditekankan oleh Nabi dalam kehidupan keluarga terutama anak kecil. Anak-anak ini seharusnya sentiasa diingatkan tentang solat. Sehingga kita tiada nanti, terpahat dalam ingatan mereka bahawa ayah atau ibunya sentiasa mengingatkan dirinya tentang solat.
  2. Baginda Nabi bukan sahaja mengingatkan anak kecil tentang solat, bahkan, anak yang telah dewasa (dan yang telah berkahwin) juga diingatkan tentang solat. Ini selari dengan firman Allah yang menyebutkan:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). Surah Taha: 132.

  1. Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah ﷺ akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat.
  2. Lihatlah bagaimana sekalipun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).
  3. Oleh yang demikian, jangan jemu bertanyakan anak tentang solat. Jadikan soalan ini satu rutin sekalipun setelah anak tersebut berumah tangga, agar mereka tahu, bahawa solat adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts