home Semasa Memohon bantuan dalam beribadah

Memohon bantuan dalam beribadah

 

1. SEDAR atau tidak, ketika menjawab seruan azan, kita akan mengulangi lafaz yang sama yang diucapkan oleh muazzin. Sebagai contoh sekiranya muazzin mengucapkan “Allahuakbar”, kita akan menjawab: “Allahuakbar” juga.

2. Namun apabila sampai lafaz “Hayya Ala Solat”, jawab azan kita telah berubah kepada “La Haula Wa La Quwwah Illa Billah.” Beginilah yang diajarkan oleh Baginda Nabi kepada kita dalam hadis yang sahih.

3. Mengapa berlaku perubahan lafaz jawapan ini? Barangkali antara hikmahnya adalah bagi mendidik kita memohon bantuan Allah ketika ingin melaksanakan ibadah.

4. Ketika muazzin memanggil: Hayya Ala Solah! Marilah mendirikan solat. Kita diajar agar menyebut: “Tiada daya melainkan dengan Allah.” Ia seakan satu doa kebergantungan kita kepada Allah dalam usaha mendirikan solat.

5. Begitu juga andai lemah semangat dan daya dalam bulan Ramadan ini, maka ucapkanlah doa atau zikir ini, atau doa atau zikir yang diajarkan oleh Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *