Mencuri ketika banjir berdosa, terhapus apabila dihalalkan

Alor Setar: Individu yang mencuri barang keperluan ketika darurat akibat bencana banjir adalah berdosa kecuali ia sudah dihalalkan pemiliknya.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri adalah perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya demi kelangsungan hidup.

“Bagaimanapun Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin sudah menghalalkan barangan yang dicuri maka dosa itu terhapus.

“Dari sudut perundangan, itu kita serah kepada polis. Kita ucapkan terima kasih kepada tuan punya kedai dan syabas kepada beliau kerana boleh menerima hakikat walaupun kerugian jutaan ringgit barang yang dicuri serta halalkan barang yang dicuri demi kelangsungan hidup mangsa banjir.

“Ada maklumat yang mengatakan mangsa banjir mengambil makanan dari pasar raya dan memberi pula kepada mangsa banjir lain.

“Walaupun berniat baik namun caranya tidak betul. Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara walaupun adalah baik mahu bantu mangsa banjir, tetapi kaedahnya dengan mencuri adalah salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Syarikat-Syarikat Korporat di Menara Zakat di sini, semalam

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Datuk Syeikh Zakaria Othman.

Ketika ditanya mengenai keadaan aurat yang perlu dijaga ketika banjir, Fadzil berkata, umat Islam yang berada di dalam darurat akibat bencana banjir masih perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mengikut kadar kemampuan serta keadaan. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts