Menimbang Statut Rom berdasarkan kaedah syarak

 

SAYA orang syariah. Sefaham saya dalam bab seperti Statut Rome ini, kaedah syarak mengajar kita agar memulakan perbincangan daripada soalan “apa maslahah untuk ‘sign’ Statut Rome”? (Apa manfaat untuk ‘sign’?)

Mengelak kemudaratan tak ‘sign’ itu adalah maslahah yang perlu dibincangkan terlebih dahulu, kerana tidak ‘sign’ adalah kedudukan asal bagi negara kita.

Selepas itu barulah bincang tentang kemudaratan yang mengiringi kemaslahatan ‘sign’ Statut Rome, yang menjadi noktah utama polemik sekarang ini dalam kalangan beberapa tokoh undang-undang.

Menimbang antara maslahah-maslahah (menolak mudarat dikira maslahah) adalah topik induk politik Islam. Islam telah menyediakan peraturan-peraturan induk dalam menimbang maslahah-maslahah itu, bukan ikut suka kita.

Inilah contoh, bahawa dalam kitab-kitab para ulama memang tiada istilah Statut Rome dan seumpamanya, tetapi mereka telah menggariskan peraturan-peraturan induk tertentu untuk proses menimbang maslahah yang tiada nas spesifik yang mengiktiraf atau menolaknya (masoleh mursalah).

Jangan kata dunia mereka dahulu tidak sama dengan dunia kita sekarang, maka tulisan mereka tak perlu dirujuk. Itu maknanya kita tak faham apa yang mereka tulis.

Mereka tulis peraturan-peraturan induk (Qawaid dan Usul), yang boleh diguna pakai di sepanjang zaman dan di semua tempat, yang mereka hasilkan daripada analisis induktif terhadap sumber dan hukum syarak keseluruhannya.

Itulah maksud ungkapan bahawa Islam itu sesuai di sepanjang zaman dan di semua tempat.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts