Mufti Perak sokong pindaan Akta 355 martabatkan undang-undang Islam

muftisruu

 

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, menyatakan sokongan atas usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta 355 untuk memperkasa undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah, lapor Harakahdaily.

Menurut laporan disiarkan hari ini, beliau menyatakan sokongan itu ketika pertemuan bersama Dewan Pemuda PAS Perak diketuai Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Razman Zakaria.

“Beliau (Harussani) menyatakan sokongan atas usaha Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta RUU 355 dalam persidangan Parlimen akan datang kerana ia adalah tanggungjawab seorang pimpinan Islam,” lapor portal berkenaan.

Pada pertemuan itu, Harussani dilaporkan turut menceritakan usaha pada permulaan kewujudan Jawatankuasa Penggubal Undang-undang sehingga tertubuhnya Mahkamah Syariah, peranan kadi dan pegamal undang-undang Syariah di Malaysia.

Mengulas perlantikan Haji Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS, Harussani mengakui pernah bergandingan dalam beberapa program untuk pembentangan berkaitan isu umat Islam.

“Beliau memang layak diberikan kepercayaan kerana ilmu yang dimiliki serta keperibadiannya sesuai berada di tempat Mursyidul Am. Saya pernah beberapa kali bersamanya untuk sesi pembentangan kertas kerja berkaitan ehwal umat Islam di Malaysia. Ini menjadikan satu pilihan yang terbaik untuk memimpin masyarakat,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts