Mufti Perlis, Mursyidul Am Pas bincang gerakan haramkan Dong Zong

 

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengadakan perbincangan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan beberapa tokoh lain di Kangar bagi membincangkan tindakan segera bagi mendesak pertubuhan Dong Zong diharamkan.

Mohd Asri berkata, semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman perlu bersatu dalam mendesak pengharaman pertubuhan tersebut demi menyelamatkan keamanan negara.

“Satu gerak kerja bersama perlu kita semua mulakan segera,” katanya dalam hantaran facebook milik beliau.

 

Dong Zong sebelum ini membantah pengenalan pendidikan tulisan jawi di sekolah vernakular sehingga mahu mengadakan perhimpunan, tetapi terpaksa dihentikan berikutan polis mendapatkan perintah mahkamah menghalangnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pertubuhan mewakili kaum Cina itu sering berpendirian keras dan terlalu berhaluan kiri sehingga tidak sokong oleh majoriti rakyat negara ini termasuk kaum Cina sendiri yang mahukan keamanan terus dipelihara. – Suara Merdeka

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts