Mufti WP sarankan semua ahli parlimen menyokong pindaan Akta 355

drzul copy

 

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui Bayan Linnas Siri 67 di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pandangannya terhadap isu cadangan pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan di parlimen tidak lama lagi.

Melalui pendapat tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan agar semua ahli parlimen dari kalangan Muslim dan bukan Muslim untuk memberi sokongan terhadap cadangan pindaan Akta 355. Memetik petikan di hujung kenyataan:

“Akhir kalam, sekali lagi kami tegaskan bahawa melihat kepada maslahat untuk membina sebuah negara yang maju dan berdaya saing adalah menjadi tuntutan utama kepada kita semua menyokong pindaan Akta 355.”

Semua pembaca disarankan untuk membaca hujah penuh Mufti Wilayah Persekutuan yang penuh teliti, ilmiah lagi berhikmah dalam menghuraikan isu pindaan Akta 355 ini di laman web rasminya:

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1157-bayan-linnas-siri-67-isu-cadangan-pindaan-akta-355-satu-pandangan

Pendapat tersebut diakhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارزُقنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارزُقنَا اجتِنَابَهُ

Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
  1. Alhamdulillah..mmg itu yg sepatutnya n kewajipan setiap ahli parlimen baik non Muslim n dh tntunya muslim utk mnyokong.Ia tidak membabitkn hukuman ke atas non muslim yg mmbolehkn mrk utk mnyokong.Bg seorang muslim yg waras n beriman wajib bg mrk brstju apatah lg ia berkaitan syariat Islam yg wajib dtegakkn.Tidak ada alasan lgsung utk menolak n tdk mnyokong melainkn bersedia utk mnjwb d hdpn rabbul jalil d akhirat klk..tlh jelas ayt..”adalah mrupakn satu dosa yg tdk dpt diampunkn andai dlm hti sseorg itu tdk ada niat utk mngakkn sbuah ngra Islam”.wAllahu ‘alam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Hak asasi yang Islami

  HAK asasi yang Islami mengambil pendekatan syarie dalam memberikan batas dan pedoman terhadap sesuatu yang kita lakukan.…