MUIS menyokong seruan Mufti WP isu pindaan Akta 355

muis

 

Kenyataan rasmi Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyokong seruan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu pindaan Akta 355

1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpendirian menyokong sepenuhnya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutan, SS Dato Dr Zulkifli al-Bakri bahawa RUU 355 hendaklah disokong oleh seluruh ahli Parlimen Dewan Rakyat samada muslim atau pun tidak.

2. Pendirian ini bukanlah baru, MUIS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menyokong akan pindaan tersebut serta kewajipan ahli Parlimen Muslim menyokong pindaan tersebut sejak bulan jun yang lepas iaitu beberapa hari selepas dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Hadi di Dewan Rakyat. Lihat di sini: http://muis.org.my/…/muis-menyokong-rang-undang-undang-ruu…/

3. Perlu difahami di sini, pindaan RUU 355 adalah satu perkara yang jelas dan mudah difahami iaitu ianya berkait pemerkasaan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan bukanlah pendetailan secara mendalam akan hukuman dan lain-lain. Ini kerana penentuan bentuk hukuman akan sesuatu kesalahan jenayah syariah adalah dibawah kuasa Dewan Undangan Negeri bukan Dewan Rakyat. Maka pindaan ini hanyalah sekadar memungkinkan peluasan bidangkuasa, ianya adalah mudah dan jelas melainkan kepada mereka yang terus mencari alasan untuk menolak.

4. Boleh jadi, atas sebab kejelasan di dalam pindaan inilah Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan semua umat Islam khususnya ahli Parlimen Dewan Rakyat perlu menyokong pindaan ini walaupun belum dibentangkan di dewan rakyat. Kerana ianya tidak terlalu teknikal, dan tidak terlalu payah untuk difahami.

5. Pihak MUIS merasa hairan dengan tindakan Naib Presiden parti Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang begitu cepat memperlekehkan pandangan yang dikeluarkan oleh SS Mufti yang meminta agar sokongan diberikan kepada cadangan pindaan ini dengan alasan ianya masih belum dibincangkan dan melalui proses legislatif seperti yang diperuntukan di dalam perlembagaan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menempelak mereka yang menolak cadangan pindaan ini sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Sepatutnya beliau menjadikan saranan dan hujah-hujah SS Mufti tersebut sebagai landasan untuk beliau berhujah menyokong pindaan tersebut nanti apabila ia melalui proses legislatif yang berkaitan. Begitu juga, kelemahan di dalam perlaksanaan undang-undang Islam yang ada bukanlah alasan kukuh untuk menolak cadangan pindaan ini. Sebaliknya bersifat proaktiflah dengan memberikan cadangan-cadangan membina yang perlu dibuat untuk memperbaiki apa juga kelemahan yang ada. Berpolitiklah, antara lain untuk kepentingan Islam dan umatnya di bumi Malaysia. Bukan semuanya dilihat daripada kacamata blok politik semata-mata.

6. Akhirnya, sekali lagi pihak MUIS menyeru umat Islam, terutama ahli-ahli parlimen Muslim untuk mengundi menyokong cadangan pindaan tersebut di Parlimen kelak. Semoga pengamalan agama Islam akan lebih subur di bumi Malaysia ini.

Wassalam.

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Semut pun ada arahan PKP

  1. PERHATIKAN bagaimana Allah mengabadikan kisah semut yang berusaha menyelamatkan ahli dari ditimpa kebinasaan. Firman Allah: قَالَتْ…