Muliakan diri dengan Al-Quran

  1. Ketika zaman pemerintahan Saidina Umar, beliau dijadualkan untuk bertemu dengan Gabenor Mekah bernama Nafi’ bin Abd al-Harith. Apabila Umar bertemu dengan pemerintah Mekah ini, beliau bertanya kepadanya: “Siapakah yang engkau tinggalkan untuk mentadbir Mekah ketika engkau tiada untuk bertemu denganku ini?”
  2. Lalu Nafi (gabenor Mekah itu) berkata: “Aku tinggalkan mereka dengan seorang Maula (orang suruhan) kami.” Lalu Saidina Umar terkejut dan berkata: “Apakah engkau tinggalkan ahli Mekah (yang mulia itu) dengan seorang maula (orang suruhan) sahaja?”
  3. Lalu Nafi menjawab: “Aku tinggalkan mereka dengan seorang yang mahir dengan al-Quran dan ilmu Faraid. Umar kelihatan bersetuju dengan tindakan Nafi’ itu dan berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu al-Qur’an) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.” (HR Muslim)

  1. Ketika menghuraikan hadis ini, Sheikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa, tindakan Umar membaca hadis Nabi itu menunjukkan Allah akan memuliakan siapa sahaja dengan al-Quran, sekalipun beliau adalah seorang hamba. Kata beliau:

المعنى إن هذا الأمير رفعه الله عزوجل على هؤلاء المؤمر عليهم

“Maksud hadis ini ialah Allah akan mengangkat pemimpin ini yang (yang berpegang dengan ajaran al-Quran).” (Mi’ah al-Mafatih)

  1. Hadis ini turut menunjukkan bagaimana Allah akan mengangkat seorang pemimpin itu selagi mana dia berpegang teguh dengan perintah al-Quran. Oleh yang demikian, amalkanlah setiap pedoman yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Kedudukan manusia itu diangkat selagi mana mereka menjadikan al-Quran petunjuk dan pegangan dalam hidup mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)Share

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts