Muslim bukan hamba duit

Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ dilihat sering membaca Surah al-Kafirun dalam Solat Sunat sebelum Subuh dan Solat Sunat selepas Maghrib. Amalkan bacaan surah ini. Ia seakan-akan satu ikrar dalam diri kita agar tidak menghambakan diri kepada dunia dan kekufuran. Satu ikrar yang kita ungkapkan setiap pagi dan petang. Saidatina Aisyah menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ وَالرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ membaca Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas ketika menunaikan (solat sunat) dua rakaat sebelum Subuh dan (solat sunat) dua rakaat selepas Maghrib.” (HR al-Tabrani, Ahmad dan al-Nasa’i)

2. Perhatikan isi kandung Surah al-Kafirun ini. Ia bukan sekadar ikrar untuk menjauhi sembahan orang kafir, malah lafaz surah ini adalah satu ikrar agar kita menafikan diri kita dari sebarang pengabdian kepada dunia.

3. Perkataan ‘Abid (hamba) di dalam surah ini bukan sekadar bermaksud menyembah tetapi mengabdikan diri. Muslim tidak mengabdikan diri terhadap apa-apa yang disembah oleh orang-orang yang kufur kepada Allah. Muslim tidak menjadi hamba kepada dunia mahupun duit.

4. Ingatkah kita pesanan Hasan al-Basri yang melihat duit dan dunia telah menjadi berhala baharu yang disembah oleh muslim. Kata Hasan al-Basri:

لِكُلّ أُمّة وَثَن يَعْبُدُوْنَهُ، وَصَنَم هَذِهِ الأُمّة الدِيْنَار وَالدِرْهَم
“Setiap umat itu mempunyai berhala yang disembah dan berhala buat umat ini adalah Dinar dan Dirham (iaitu duit, manusia mula menyembah duit, tergila-gilakannya)” (Ibn Abd al-Barr, Bahjah al-Majalis)

5. Malah dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ berpesan kepada sahabat agar membaca Surah al-Kafirun sebelum tidur. Seorang sahabat Rasulullah ﷺ bernama Naufal al-Ashja’i bertanya kepada Rasulullah ﷺ: Wahai Rasulullah ﷺ, ajarkan kepadaku apa yang perlu aku baca ketika aku hendak tidur? Rasulullah ﷺ lalu bersabda:

«اقْرَأْ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}، فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ»
“Bacalah Surah al-Kafirun, sesungguhnya ia adalah pengecualian Muslim dari sebarang kekufuran.” (HR al-Tirmizi)

6. Pengulangan Surah al-Kafirun sebelum tidur seakan-akan satu proses muhasabah diri, agar muslim sentiasa menginsafi pada setiap malam dan menghayati tujuan hidupnya bahawa dia hanya mengabdikan jiwa dan raganya hanya untuk Allah semata.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts