Muzakarah ulama bincang aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah di Malaysia

muzakarah

 

PUTRAJAYA – Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) sekali lagi menghimpunkan tokoh-tokoh ilmu dan masyarakat serta ahli akademik dalam Muzakarah Ulama MUIS kali ke-4, pada hari Sabtu.

Siri penganjuran kali ini memberi penekanan mengenai ‘Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam Konteks Malaysia’ membariskan Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hasan; Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Dr Fauzi Shaffie dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri.

Majlis dirasmikan Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dan ucaptama daripada Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda.

Pembentangan kertas kerja akan disusuli dengan perbincangan meja bulat oleh 30 ahli muzakarah sebelum memutuskan resolusi.

Program selama satu hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihadiri lebih 100 pemerhati terdiri daripada pelajar, tokoh agama dan peserta bukan Islam.

Majlis Ulama Isma pernah menganjurkan beberapa siri muzakarah ulama sebelum ini antaranya mengenai kefarduan mengundi calon muslim berwibawa dalam pilihan raya, bahaya ancaman Comango dan fiqh muwatanah (kenegaraan). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts