Naratif Barat cuba dinormalisasi pada umat Islam

Bangi– Konflik Palestin tidak sewajarnya dilihat dengan kaca mata isu kemanusiaan semata-mata.

Ini kerana secara dasarnya, bagi umat Islam ia menyentuh isu akidah kerana terletaknya Masjid Al-Aqsa di sana.

Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan mempertahankan Masjid Al-Aqsa – yang juga kiblat pertama umat Islam – adalah salah satu daripada kehendak agama.

Justeru beliau menegaskan, konflik Palestin tidak boleh dilihat dalam isu kemanusiaan sahaja.

“Jadi kalau ada pihak yang membawa isu ini hanya sebagai isu kemanusiaan itu tafsiran dan naratif yang dibawa oleh Barat.

“Tapi yang kita nak bawa di sini ini ialah isu perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa sebahagian daripada akidah umat Islam.

“…serukan umat Islam supaya menimbulkan semula semangat jihad dan semangat pengorbanan,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin tidak menolak kemungkinan ia satu normalisasi yang cuba nak dibawa dalam kefahaman umat Islam terhadap perjuangan di Palestin.

“Kita jangan mengambil naratif Barat dalam memperjuangkan isu Gaza ini tetapi mengambil ia sebagai satu perjuangan umat Islam sebagai satu daripada akidah kita yang disebut Allah SWT dalam al-Quran itu sendiri.

“Saya harap perkara ini kita kena jelas. Ini sepatutnya kita uar-uarkan.

“Naratif kita adalah perjuangan menentang Israel di dalam mempertahankan Gaza sana,” katanya.- ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts