OIC buka ibu pejabat pertama di Palestin

851416352_39169_10435960643296741047

 

KUALA LUMPUR, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), akan mempunyai Pejabat Perwakilan OIC pertama di Palestin supaya dapat meningkatkan peranan organisasi itu dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Setiausaha Agung OIC Iyad Ameen Madani, memberi mandat kepada Ahmad Ruwaidi sebagai Pengarah pejabat berkenaan sempena mesyuarat di Jeddah pada Isnin, menurut kenyataan OIC.

Setiausaha Agung OIC itu turut menekankan bahawa harapan organisasi itu di pejabatnya di Ramallah ialah untuk meningkatkan peranan OIC dan bahagian lain dalam membantu membina institusi negara Palestin serta memenuhi keperluan penduduk mengikut resolusi yang diterima pakai pada perjuangan rakyat Palestin dan Al-Quds Al-Sharif.

Sementara itu, Ruwaidi mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung atas pelantikan itu dan berkata beliau akan memulakan tugas dengan mengatur lawatan setiausaha agung ke Palestin untuk merasmikan pejabat berkenaan.

Resolusi untuk menubuhkan pejabat perwakilan berkenaan telah diterima pakai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC ke-42, di Kuwait pada Mei 2015.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/oic-buka-ibu-pejabat-pertama-di-palestin/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts