Palestin kecam rang undang-undang Israel larang pembesar suara di masjid

 

JERUSALEM – Pemimpin Palestin mengecam rang undang-undang kontroversi Israel yang melarang masjid di negara itu menggunakan pembesar suara untuk azan.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Langkah-langkah yang dilakukan Israel baru-baru ini akan membawa kepada bencana di rantau ini.

“Kepimpinan Palestin akan bertukar kepada Majlis Keselamatan PBB dan pertubuhan antarabangsa yang lain bagi menghentikan tindakan Israel,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, rang undang-undang yang diwujudkan itu adalah untuk membolehkan kerajaan Israel merampas tanah milik persendirian Palestin.

Ahad lalu, satu jawatankuasa menteri Israel telah mengguna pakai dua daripada rang itu walaupun ianya masih perlu diluluskan oleh Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang undang-undang kontroversi itu ekoran menyifatkan ia sebagai gangguan bunyi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts