Palestin rai peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel

 

GAZA – Ribuan penduduk Palestin berhimpun di luar rumah pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh, bagi meraikan peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman.

Pemimpin Zionis itu mengumumkan peletakan jawatan semalam sebagai tanda protes, selepas Kabinet Israel bersetuju perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, peletakan jawatan Lieberman membuktikan kekalahan Israel terhadap kebangkitan seluruh rakyat Palestin.

Yang penting katanya, kesatuan di Gaza telah menghantar ‘gelombang kejutan politik’ terhadap Israel.

Lieberman, yang juga penyokong tindakan ketenteraan yang keras terhadap Hamas, akan menghentikan sokongan terhadap gabungan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Ia susulan tindakan Netanyahu yang mempertahan perjanjian gencatan senjata, sekali gus mengakhiri pertelingkahan terburuk antara Israel dan Palestin sejak 2014.

Peletakan jawatan Lieberman secara signifikan melemahkan kerajaan gabungan Netanyahu dan berkemungkinan akan membawa kepada pilihan raya awal.

Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin terbunuh, dan lebih 40 cedera dalam tempoh dua hari serangan Israel di Semenanjung Gaza, yang mana dianggap sebagai keganasan paling teruk sejak dua tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts