‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan

BANGI – Tindakan ‘membiarkan’ Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) beroperasi sejak sekian lama dengan penuh kesilapan dan ‘kemungkaran’ merupakan satu kecuaian pemimpin yang tidak boleh dimaafkan.

Ini kerana sukatan pelajaran UEC berkiblatkan Taiwan; tidak patuh Dasar Pendidikan Kebangsaan; memperlekeh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Perkara 152; tidak guna bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar serta bahasa Melayu diajar menggunakan bahasa Mandarin.

Bahkan difahamkan ada pelajar Cina UEC gagal kuasai bahasa rasmi malah umumnya berkemungkinan besar untuk mereka menambah monopoli kerjaya bagi sektor awam dan swasta.

Pengiktirafan UEC juga tidak adil kepada ribuan pelajar Tionghua yang rela dan mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan di samping pelajar Melayu dan India, selain sukatan dan kandungan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bercanggah dengan sukatan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Ia juga tidak dikawal selia oleh badan berwibawa seperti Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia malah semangat patriotisme Dong Zong diragui kerana sukatan subjek Sejarah terlihat lebih cenderung mengutamakan nilai negara Taiwan berbanding negara Malaysia sendiri.

Berikutan itu, Ketua Kluster Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani menegaskan, UEC bukan sahaja tidak patut diiktiraf malah sepatutnya dibatalkan terus.

“Kerajaan sepatutnya sedar akan percanggahan dan kesan buruk UEC ini.

“Justeru janganlah kita dikatakan bodoh dan bacul dengan membiarkan pengkhianatan terhadap maruah bahasa, bangsa, negara dan undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan sendiri berterusan mungkin 600 tahun lagi dengan mengiktiraf UEC ini,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung laporan Samudera.my yang memetik sumber dalaman melaporkan bahawa UEC – yang selama ini menjadi subjek kontroversi – bakal diluluskan kerajaan.

“MPM di sini menyatakan pendirian secara tegas, menentang sekeras-kerasnya jika hal ini benar.

“Ini kerana maruah negara, bahasa rasmi, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan, Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa jelas telah terbiar, diperjudikan dan dikhianati oleh para menteri,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts